Sunday, 30 October 2011

LIKE LIKE LIKE !

Assalamualaikum :)


Harap maaf ye. Post kali ni adalah untuk mengutuk seseorang. Aku ni cakap je tak baik wat blog pasal kutuk orang. Tapi aku wat gak. Ish ish. Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus !

Story dia macam ni. Dalam bosan-bosan aku online, chit chat sana sini, skodeng stalker gamba orang, wall orang, ada noti kua. Aku tengok. Ada orang like comment aku kat status member lama aku. Aku tak kesah la. Tapi yang pelik comment tu dah la. Tapi bia je lah. komen aku memang hot hot pon orang nak like. Dah biasa dah. :P




Then aku sambung la stalk orang lagi (Aku suka stalk orang). Pastu noti aku kua berduyun-duyun. Mula-mula aku macam syok la. Weeeee. Yela mana tau ada orang comment ke, post kat wall ke. Tapi rupa-rupa nya bukan (forever alone :'( ) Rupa-rupanya brader tadi lagi. Adoyai bro. Kalau awek cun tak pe gak. 

Then dia like lagi dan lagi. Pening pale otak aku. Maybe dia like tak banyak mana pon tapi cara dia tu amat lah annoying. Dia like tu kat status member perempuan aku.

Pastu member aku tu pon wat la status.


Si polan (bukan nama sebenar) ni dah gila ke nak like semua status aku. penuh notification aku wei



Lebih kurang macam tu la. Aku pon dah mula fikir. Semua status? Maybe bukan semua. Tapi confirm banyak la kan? Apa kah motif dia? Nak ngorat ke? Nak perhatian ? Yes. Confirm nak perhatian aku fikir. haha.

Aku pon komen la status tu. 


Notification aku pon penuh gak =.=


Korang tau die reply apa?


:)


Eh eh.Smiley je ke brader? Kelakar ke kau like-like macam. Hati ku makin panas time. Semua sebutan, perlakuan, salah betul tidak ku endahkan. Yang aku tahu aku bengang.

Then member aku plak komen.


Apa masalah kau si polan? haiiihhh.


Si polan pon reply.


Eh marah ke?


Apa ke bangang nya? Dia ingat orang suka ke dia wat macam tu. Gila childish. Haha. Badan je besar. Tapi otak kecik. Ades. Come on brader. 

Sampai sini aku pon mendiam diri je. Dan fikir sorang-sorang. Apa motif dia? Hmmmm. Aku fikir panjang sampai la ada member aku yang lain post kat wall member ku yang di-like itu.


Sama ada si polan ni gila atau dia suka kat kau. Tapi yang pasti cara like-like untuk mengambil perhatian orang sangat baru.


Lebih kurang macam ni la ayat member aku tu. Aku pon tak berapa nak ingat xP 
Then sambil wat muka macam ni aku pon komen.

Kalau aku jumpa dia, akan ku lempang muka dia. Haha.


Kemudian aku dan kawan-kawan yang lain pon terus la bergelak ketawa dan kutuk mengutuk lagi. Sehingga la si polan itu perasan post ini (lambat gila perasan, orang dah habis ketawa dah) dan komen macam ni.


Oit Fauzan yang kacak bergaya. Apa masalah kau ha? Mana nak lempang aku? Sembang besar eh kau.


Hahaha. Tau marah? LOL. Ingat kan kau suka berjenaka. Aku berjenaka dengan member kau nak marah? Come on bro. Gua tak kacau pon lu. Tiba-tiba lu nak masuk conversation aku dengan member aku marah-marah macam ni? Mana adab bro? Hhaha. Then aku pon reply la.


LOL. Brader. Marah ke?


Kemudian member aku pon delete la itu post kerana risau pergaduhan itu terus berlaku. Haha. Good thinking my friend. Sorry sebab act tak matang. Tapi serious shit kelakar la brother tu. Or aku ni yang kurang ajar? Hmmm. Tak tau la. Silap aku gak main cakap je tak fikir perasaan orang lain. Ish ish. Teruknya Fauzan ni.


Mintak maaf ye pembaca semua. Saya manusia biasa je :)

Sampai sini je la post kali ni.

Assalamualaikum :)



1 comment: