Tuesday, 6 September 2011

My Treasure !

Assalamualaikum :)


Apa khabar sume? Lama tak update ni haa. Rindu gila bhai. Raya apa macam? Ada okay? :D

Tapi kali ni. gua tak nak cita pasal raya. Iye lah. Aku tengok dah raya update pasal raya. Aku nak cite pon dorang sume dah cite dah. Lagi pon sekarang dah raya ke berapa dah? 

So, kali ni aku nak cite pasal barang kesayangan aku. Bukan apa lah. Saja nak kongsi minat kan? :)


Ni dia ! Tadaaaaaa....


Yaa. ni dia. Action figure kegemaran aku. Haaa. Aku ni peminat setia anime dan manga Jepun dan percayalah yang aku sanggup perhabis duit untuk menatang ni. Hoho.



Yang ni adalah dari manga/anime Katekyo Hitman Reborn yang aku pasti ramai sudah tahu pasal manga/anime ni. Manga/Anime tersangat lah syiok dan one of my favourite manga ! 



Yang ini pula sudah pasti dari manga gergasi dan paling popular di Jepun. One Piece. Kat sini aku cuma ada 4 daripada 8 je. Chopper, Zoro, Luffy dan Franky. Lagipon die jual 6 je. Sanji and Brooke yang lagi dua. Nami and Usopp tak da jual. Tengah mencari lagi dua tu :D




Yang ni Sanji yang juga dari manga One Piece. Yang ni versi normal. Tak macam yang atas-atas tu, versi chibi. Yang ni action figure Favourite aku sebab cantik sangat. And murah :D



Haaa. Aku pasti yang ni pasti ramai yang tahu. Yondaime, Hokage ke empat dari siri Naruto. Aku kurang suka dengan patung ni, sebab muka die nampak childish dari asal. Tapi murah. so aku okay je. Hehe.



Yang ni pula bukan lah dari siri anime Jepun tapi dari cerita kartun Foster's Home For Imaginary Friends. Comel. So aku simpan lah. Benda ni juga adalah pemberian adik sedara aku :D 


So, sampai sini saja lah entry kali ni. And aku harap aku dapat kumpul lagi menatang ni and juga ada lah yang baik hati nak beli kan aku gak :P Hehe.


p/s : Aku beli ni murah-murah je. Aku bukan lah jenis beli yang mahal-mahal. Murah mahal tak kesah. yang penting PUAS HATI. And kalau korang nak aku wat review pasal manga diatas, just bagitahu ye :)

Assalamualaikum :)

2 comments:

  1. Err. Yang pasti. Aku taktau satu pon. Hahahahaa ketinggalannn sudaaa. Sian aku.

    ReplyDelete
  2. Haha.takpe. sapa minat dia tahu la. Minat masing-masing :)

    ReplyDelete