Tuesday, 6 September 2011

Manga Review #3 - Special !

Assalamualaikum :)


Ya. Kali ni manga review ketiga aku nak wat special sikit. Ha? Special? Apa yang special? Harga minyak dah turun ka?

Special kali ni ialah aku nak review pasal manga or komik tanah air kita sendiri. Ya ! Komik asli 100% buatan Malaysia !



Tajuk : Misi 8A
Penulis : Nazry
Pelukis : Afiq
Keluaran : Komik M

Plot : Komik ini berkisarkan Aizad merupakan seorang pelajar yang hanya tahu berseronok dengan kemewahan keluarganya sehingga pelajarannya terumbang-ambin sedangkan PMR semakin dekat. Oleh itu, ibunya mengambil langkah untuk mengambil semua permainan video dan segala keseronokan Aizad dan hanya memulangkan jika pelajarannya semakin bagus. Kemudian, Aizad belajar bersungguh-sungguh untuk ujian bulanan kedua nya, namun tidak membuahkan hasil. Lalu, Aizad terjumpa pelajar cemerlang sekolah iaitu Zahid. Aizad mengambil keputusan untuk belajar dengan Zahid. Mampukah Aizad mendapat semula barang-barang dia? :)

Babak Aizad pertama kali berjumpa Zahid


Rating : 9/10

Komen : Aku suka cerita ni. Inilah first time aku seronok baca komik Malaysia. Bukan apa. Komik ni gaya lukisan dia ala-ala manga Jepun. Cuma ada serba kekurangan sedikit je. Sebab tu aku bagi 9/10. Bukan tu je,  masa mula-mula aku jumpa komik ni, aku terus beli. Asalnya nak beli anime One Piece dulu, tapi aku tolak tepi terus beli komik. Sebab cover die cantik ( bagi aku la ). Komik ni juga komik yang baik dan lebih berfaedah dari komik aksi yang hanya menunjukkan aksi membunuh dan tidak memberi apa-apa kebaikan. Selain itu juga, komik ni ada diselitkan sedikit tips-tips belajar dan juga trivia yang menarik.

Trivia dan tips belajar yang ada diselitkan dalam komik ni.


Komik ni untuk versi PMR. Ada juga versi SPM iaitu Misi 10A sambungan untuk siri Misi 8A ni :)


Support lah produk negara kita :)

Assalamualaikum.


8 comments:

  1. Oh. Dem. Review ni buat aku rasa nak beli buku nih. Hoh.

    ReplyDelete
  2. suka baca komik..bacaan yang palin menenangkan dan tak serabut..hehe.. >_<

    ReplyDelete
  3. A'an : Aku galakkan kau beli :D

    EsPiRaNzA : saya sangat setuju :)

    ReplyDelete
  4. lagi bagos kalo ade versi 4flat untuk student uni XD go! go! support komik malaysia! :D

    ReplyDelete
  5. naim : utk pengetahuan kau.aku pon bercadang nak wat komik sendiri bertemakan 4flat gak.haha

    ReplyDelete
  6. wowww xpernah nampak laa buku nieee. katne komik ni dijual ? :D your komik lak ?hehe

    ReplyDelete
  7. Hehe.komik baru gak ni. Komik M ni baru nak bangun. komik i jmp kt popular.hehe. my comic susah sket.kene tggu la.insyaAllah kalau ada rezeki :P

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas ulasan ini! ^____^

    ReplyDelete